PERTAMA KALI BUDAK INI DATANG NAK PINJAM RM50. LUSA DATANG NAK PINJAM LAGI DAN AKHIRNYA SEMUANYA TERBONGKAR

Kisah ini diambil dari laman Facebook Encik Nazmi Daud.

Seorang hamba Allah, budak lelaki umor 12 tahun sering kerumah. Hari pertama, selepas memberi salam, katanya “Pak Chik jangan marah. Mak suroh pinjam duit RM 50.00. Nanti lepas dapat bantuan kebajikan, dia akan bayar balik”.

Saya kata ” Dik kalau pinjam kena bayar balik”. Dia terdiam, saya tanya apa masalah dia. katanya dia tak ada barang makanan, bapaknya sudah bercerai dengan mak dia. Dia punya 6 orang adik beradik. Abangnya darjah 6 dan dia darjah 5. Dia tinggal dengan emaknya dan adik beradiknya. Adik yang bongsu umor 30 hari. Saya kirim sedikit rezeki untuk emaknya.

Lepas tu selang 2 hari sekali budak tu datang kerumah lalu terfikir juga saya betul ke cerita dia ni. Hari ini saya bawa dia balik kerumahnya supaya saya saksikan sendiri cerita sebenarnya. Luloh rasa hati bila bertemu dengan emaknya. Memang lah mereka menderita. Saya tanya emaknya Kebajikan Masyarakat tak bantu ke. Jawapnya belum lagi. Wakil rakyat pun belum jenguk.

Tak payahlah kita salah wakil rakyat ke kebajikan masyarakat ke. Sebagai umat Islam saya harap kalau lah ada yang mendapat rezeki yang lebih tu hulurlah, bantu lah insan yang daif ini. Semuga Allah akan menggandakan rezeki tuan2. Adalah berdosa kiranya kita tidor dengan perut kenyang manakala jiran kita tidor dalam kelaparan.

Seandai nya tuan2 ingin mengunjungi hamba Allah ini, mereka tinggal di Kg PPRT, Jalan Bukit Keluang, Kgg Pengkalan Nyireh, Besut Terengganu. Mereka tak ada telefon dan akaun bank. Atau boleh hubungi saya.

Posted by Nazmi Daud on Saturday, October 13, 2018

Allahu, harap keluarga ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Kita bantu mana boleh. Insyallah akan ada balasan dari Allah SWT.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *