“Saja nak bagitahu YB, Syahmi Safari ni sumbat gol cantik dan pakaian dia tutup aurat…” – Netizen

Kemenangan skuad Harimau Malaya menentang Gajah Putih semalam sememangnya telah memberi khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila Malaysia layak ke peringkat akhir perlawanan bola Piala AFF Suzuki Cup 2018.

Di sebalik kejayaan tersebut, apa yang menarik perhatian netizen adalah jaringan gol pertama Malaysia yang dihadiahkan oleh pemain jersi nombor 4, Syahmi Safari yang berjaya membolos gawang gol Thailand.

Cun gila gol Syahmi Safari

Hi, Syed Saddiq meh nak habaq mai sat…

Penampilan Syahmi Safari yang memakai long sport tights bagi menutup bahagian lutut, telah menarik perhatian ramai dan memuji penampilan pemuda berusia 20 tahun itu.

Penampilan Syahmi itu telah dijadikan sebagai bukti daripada netizen untuk YB Syed Saddiq bahawa menutup aurat, bukan menjadi penghalang kepada seorang atlet untuk tidak boleh memberikan hasil terbaik dalam sukan.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan itu pernah mengkritik usaha yang ingin dilakukan pentadbiran negeri Terengganu, yang mewajibkan atlet negeri Terengganu berpakaian sukan menutup aurat.

Harap YB boleh tidur nyenyak lepas kena bahan…

Tutup aurat pun boleh buat gol cun!

Sejak dulu lagi, antara pemain bola yang sentiasa tutup aurat…

Di laman Instagram Syahmi Safari, foto yang dimuat naik olehnya sentiasa memperlihatkan penampilannya yang sentiasa menutup aurat, lantas menjadi perhatian ramai.

Sejak dahulu lagi, pemain kelahiran Selangor ini tidak lepas untuk memakai long sport tights bagi menutup bahagian lututnya.

Sumber : IG Syahmi SafariTwitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *