Setiap hari anjing terbiar ini akan ke gereja untuk ‘berdoa’, rupa-rupanya ini alasan mengapa dia sering melakukannya…

Setiap hari sebuah gereja Itali menerima kehadiran tetamu yang tidak diundang. Pada mulanya orang ramai risau jika anjing baka German Shepherd yang kelihatan terbiar ini akan mengganggu proses penyembahan atau doa yang dilakukan di gereja tetapi rupa-rupanya tidak sedikit pun dia mengganggu! Walau bagaimanapun, tingkah laku anehnya telah membuat semua orang berfikir: “Kenapa anjing ini sering menghadiri upacara doa setiap hari di gereja?”

Apabila mereka tahu sebabnya, semua orang diam tidak terkata. Menurut penduduk tempatan, anjing liar itu bernama Tommy. Setiap hari dia ke gereja terutamanya semasa waktu doa ialah kerana untuk meratapi pemiliknya, Maria Margherita Lochi yang telah meninggal dunia.

Apa yang lebih menyedihkan ialah gereja itu adalah tempat terakhir dia melihat pemiliknya di mana proses pemakamannya dilakukan. Tommy, 7 tahun dikatakan mula berkunjung ke gereja dua bulan lalu selepas kematian pemiliknya.

Dia datang ke gereja setiap hari, mungkin berdoa dan berharap pemiliknya akan hidup semula.

Tommy dikatakan pernah hidup melarat di jalanan sebelum diambil dan dijaga oleh Maria. Maria adalah seorang yang sangat baik dan dia sangat menyayangi anjing. Dia juga dikatakan banyak mengambil dan menjaga anjing-anjing yang terbiar. Antara anjing yang paling disayangi ialah Tommy. Setiap hari dia akan membawa Tommy berjalan-jalan dan pergi ke gereja.

Setiap kali dia ke gereja bersama Maria dia akan duduk dengan sabar menunggu tuannya sehingga selesai berdoa sebelum mereka pulang bersama selepas itu.

Malangnya, kebahagiaan mereka berakhir apabia Maria yang berusia 57 tahun meninggal dunia dan pengebumiannya diadakan di gereja yang selalu dikunjunginya.

Dua bulan kemudian, Tommy mula datang ke gereja setiap hari. Sama seperti yang biasa dilakukannya ketika Maria masih hidup, dia akan duduk diam-diam semasa upacara doa dilakukan.

Paderi di situ mengatakan bahawa: “Tommy selalu datang pada tepat waktunya dan juga berkelakuan baik, tidak pernah menimbulkan masalah, apabila gereja melakukan pembaptisan atau pemakaman, ia akan duduk diam dengan semua orang sehingga selesai. Jika Tommy lewat paderi akan menunggunya sehingga Tommy sampai sebelum dia memulakan upacara doa. “

Setiap kali selepas berdoa, anjing itu akan terlihat dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Ramai yang berpendapat alangkah baiknya jika Tommy dijaga oleh tuan baru dan dia terus dibenarkan ke gereja setiap hari seperti biasa.

Semua orang melayan Tommy dengan baik seolah-olah Tommy adalah teman baik mereka. Mereka juga membenarnya Tommy untuk meneruskan rutin hariannya, mungkin satu hari nanti dia akan bertemu dengan tuannya seperti yang diharapkannya…

Saya akan tunggu sehingga tuan kembali kepada saya!

Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *