“Lepas berjaya ke final, baru menteri2 sibuk nak jumpa…” – TMJ ‘tembak’ sikap pak menteri

Sebentar tadi, TMJ telah memuat naik status meluahkan perasaan kurang senang dengan menteri-menteri yang sibuk untuk berjumpa dengan pemain kebangsaan, selepas mereka berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala AFF Suzuki Cup.

TMJ juga telah berkongsi screenshoot perbualannya WhatsApp dengan Aidil Zafuan. Dalam screenshoot yang dikongsikan baginda, Aidil telah menulis memaklumkan kepada TMJ bahawa mereka perlu berjumpa dengan menteri-menteri.

Aidil turut meluahkan isi hatinya yang terkilan dengan sikap menteri, yang baru ingin berjumpa dengan mereka, dan sebelum perlawanan hanya TMJ sahaja yang ada datang bertemu mereka.

Susah senang memang kami bersama…

Pemain bakal berjumpa menteri…

Adil mendedahkan bahawa mereka, pemain bakal berjumpa dengan menteri, namun apa yang dipersoalkan adalah tiada ahli politik berkenaan yang datang berjumpa mereka, menjelang kejohanan Piala AFF Suzuki sebelum ini.

Hanya TMJ sahaja yangt melakukan pertemuan sebelum pasukan itu ke Kemboja untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Tahniah kepada Skuad Kebangsaan kerana berjaya melangkah ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki.—Congratulations to the National Team for making the finals of AFF Suzuki Cup.

Posted by HRH Crown Prince of Johor on Wednesday, December 5, 2018

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *