Rupanya Ini Bekas Pemain Kebangsaan Yang Tular Kini Hidup Gelandangan. Beliau Bukan Calang-calang Pemain Suatu Masa Dulu

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Salahuddin Che Rose, 49, menafikan yang dia ‘hilang’ selepas berita tentangnya yang terpaksa hidup sebagai gelandangan sementara menunggu pembedahan jantung dilaporkan media baru-baru ini.

Katanya, beliau tidak bersembunyi daripada sesiapa sebaliknya menjalani rawatan jantung di Melaka tempoh hari.

“Selain Institut Jantung Negara (IJN), saya juga sering ke beberapa negeri termasuk Melaka untuk mendapatkan rawatan jantung secara tradisional di pusat perubatan Cina di Taman Cheng, bukan sengaja menghilangkan diri.

“Tiga hari saya berada di negeri itu, saya tidak pernah melarikan diri daripada sesiapa malah berita berkaitan kehidupan sementara saya di kaki lima itu tersebar ketika saya di sana,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Pada 2 Disember lalu, bekas pemain posisi pertahanan itu mencuri perhatian apabila berita tentangnya terpaksa tidur di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur sementara menunggu pembedahan memasukkan perentak jantung tahun ini dilaporkan oleh media.

 Terpaksa berhenti kerja sebagai buruh

Sejak lapan bulan lalu, beliau terpaksa tidur di kaki lima setiap kali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di IJN kerana tidak mampu menyewa hotel.

Salahuddin disahkan menghidap penyakit jantung pada 2009 tetapi penyakitnya bertambah teruk sejak tiga tahun lalu sehingga memaksanya berhenti kerja setelah setahun bekerja sebagai buruh.

Beliau kembali ditemui di kaki lima itu lewat malam tadi oleh wartawan Utusan Malaysia.

Tambah Salahuddin, beliau berterima kasih atas laporan media tentangnya yang telah menarik perhatian banyak pihak untuk menghulurkan bantuan, termasuklah persatuan-persatuan bekas pemain bola sepak dari seluruh negara.

“Sejak laporan itu diterbitkan Ahad lalu, saya akui keluarga, rakan-rakan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak putus-putus cuba menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan,” ujarnya lagi.

Terdahulu berita mengenai beliau tular di mana dikatakan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90an terpaksa hidup sebagai gelandangan di Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur sementara menunggu tarikh pembedahan memasukkan perentak jantung tahun ini.

Mingguan Malaysia melaporkan, beliau yang berusia lewat 40-an akan terpaksa tidur di kaki lima setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

” Simpanan semakin berkurangan, sebab itu lebih lapan bulan saya menjalani hidup sebegini setiap kali datang ke Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), saya tidak mampu untuk menyewa hotel maka terpaksa tidur di kaki lima ini.

” Saya bukanlah penghuni tetap di kaki lima memandangkan saya cuma berehat dan tidur dalam tempoh tertentu sahaja (beberapa minggu dalam sebulan).

” Sejurus selesai sesi rawatan, saya akan pulang ke kampung, apapun inilah nasib saya sekarang,” katanya dipetik sebagai berkata.

Bekas pemain posisi pertahanan yang pernah mewakili beberapa pasukan negeri itu berkata kesukaran hidupnya bermula apabila disahkan menghidap penyakit jantung sekitar 2009.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *