Alhamdullilah, Ini Keadaan M4yat Abdul Bari Saat ditemui Pagi Ini

M4YAT Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, kelmarin, ditemui pagi ini.

M4yat ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan orang awam jam 7.23 pagi ini, pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi m4ngsa dipercayai lemas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, m4yat m4ngsa ditemui dalam keadaan terapung dan dinaikkan sebelum dibuat pengecaman oleh ahli keluarga m4ngsa.

“M4yat diserahkan kepada polis jam 7.50 pagi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari Asyraf yang sedang memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima m4ngsa yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm yang meluncur sebelum terjunam ke sungai.

Bagaimanapun, Abdul Bari Asyraf yang dikatakan mengalami kejang otot menyebabkan dia gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

Setelah lebih 24 jam pencarian,akhirnya jasad Arwah Abdul Bari Asyraf telah pun ditemui.Kepada semua anggota bomba,polis,press juga orang awam yg terlibat dalam pencarian ini,kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih.

Kepada anggota keluarga arwah,kami seluruh rakyat Malaysia mengucapkan salam takziah atas ujian ini.Sesungguhnya kami rakyat Malaysia juga turut berduka atas pemergian ini.

Sama2 lah kita doakan agar sahabat kita ini tenang disana,dan pengorbanan arwah diangkat di sisi Yang Maha Pencipta..
Berehatlah saudaraku Bari…

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah….

Kredit: Arm Syam

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *