“Azal lebih berdikari, pandai membawa diri, rajin bangun pagi dan bersolat” – Zarina

Sebelum ini, Zarina ada memuat naik video dia menangis di ruangan instagram miliknya sedang menahan saakit dan sedih apabila di hentak 3 kali di bahu oleh Azil membuat ramai berhabuk mata. Berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya. Tetapi melalui video yang di uploadnya sebelum itu netizen sangat terhibur dengan telatah Azal kembar Azil juga anak Autisme tetapi dah banyak perubahannya kearah lebih baik dari Azil yang masih bergantung kepada ubat. Alhamdulillah berkat doa dan ketabahan seorang ibu. Dalam video tersebut, Azal sedang nyanyi lagu si nopal si nopal, alahai comeynya Azal ini. Jom kita tengok.

azal…

comel azal nyanyi lagu si nopal…

Posted by Figura Malaya – Informasi Malaya Terkini on Tuesday, February 12, 2019

Alahai comeynya, zarina juga turut menyanyi, Nampak Azal dah pandai dan moga menjadi anak yang baik penghibur hati ibunya.

Sebelum ini Zarina ada menyatakan bahawa anaknya Azil dan Azal autisme tetapi mereka lain karakter.

“Walaupun kedua-duanya autisme tetapi berbeza. Azal seorang hiperaktif Walaupun mereka begitu, saya bersyukur Allah tetap mengurniakan beberapa kelebihan kepada mereka. Azal lebih berdikari orangnya, pandai membawa diri, rajin bangun pagi dan bersolat. Kalau di lokasi penggambaran, dia yang menanda skrip lakonan saya. Malah dia juga sentiasa mengingatkan saya berkenaan jadual dan keperluan yang perlu dibawa ke lokasi. Lagi satu dia mudah ingat dan kenal orang. Kalau nak tahu dia yang lebih teruja nak menghadiri apa saja majlis. Kadang saya malas nak pergi, tapi dia paksa. Azil pula masih bergantung kepada ubat. Namun saya tidak lagi mengizinkan dia mengambil ubat sekerap dulu” – Zarina

Apabila mengimbas kembali saat mengetahui ciri-ciri autisme yang ada pada anak kembarnya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini masing-masing sudah berumur 20an, Zarina sendiri pada awalnya agak terkejut dan sukar untuk menerima hakikat.

“Di waktu saya melahirkan anak kembar saya ini usia saya 25 tahun masih kuat bertenaga saya dapat melahirkan keduanya secara normal biarpun ketika itu kandungan saya berusia 8 bulan” kata Zarina Zainuddin.

“Muhammad Razil Azrai lahir dulu seberat 1.6kg selepas 3 minit lahir pula Muhammad Raizal Azrai beratnya cuma 1.4kg.
Lebih kurang 10 hari dalam incubatur dengan cahaya lampu biru. Mereka dibawa keluar dari waad. Dan Alhamdulillah tumbesaran nya normal sehingga berusia setahun setengah saya dapati anak saya terlalu aktif Azal dah boleh mula bercakap Azil masih tidak bercakap mulanya saya fikir mungkin lambat” Kata Zarina lagi.

Setelah anak kembar Zarina berusia 3 tahun, Azil masih tidak boleh bercakap dan sering menghantukkan kepalanya ke lantai atau dinding.

Pada ketika itu Zarina seolah-olah tidak boleh menerima kenyataan dan menangis tanpa henti. Malah kalau jika tidak dipantai anak kembar ini, mereka boleh bertindak sehingga mencederakan diri sendiri jika kemahuan mereka tidak dipenuhi.

Namun Zarina tetap kuatkan semangat dan senantiasa mendapat sokongan keluarga terutamanya suami Zarina, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar untuk memastikan anak kembar mereka mendapat kasih sayang serta perhatian yang secukupnya.

Berkat ketabahan dan kesabaran Zarina alhamdulillah sekarang Azal sudah mampu berdikari dan pandai orangnya. kita doakan yang terbaik untuk 2 orang anak istimewa ini.

Sumber : Ig Zarinazainuddin

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *