Selepas miliki 10 anak lelaki, akhirnya rumah keluarga ini diceriakan dengan baby perempuan

SEBUAH keluarga bertambah ceria apabila penantian untuk mendapat anak perempuan termakbul selepas memiliki sepuluh orang anak lelaki.

Alexis Brett,39, yakin dia akan mendapat seorang lagi bayl lelaki dan dia hampir tidak mahu melakukan sonographeruntuk kandungannya yang ke-11.

“Kami semua sangat sayang kepadanya. Seluruh ahli keluarga.

“Setiap kali kami membawa balik bayl baharu, seluruh keluarga sangat gembira dan membantu, tetapi kini anak-anak lelaki saya lebih teruja.

Alexis bersama anak bongsunya.

“Mereka akan melakukan apa sahaja untuk adik perempuan mereka. Semua orang akan menolong memakai gaun yang cantik-cantik dan mereka sangat pelindung adiknya,” ujar Alexis.

Alexis dan Davie yang tinggal di Inverness memiliki sepuluh orang anak lelaki berusia dua hingga 17 tahun.

Bekas jururawat yang kini bertugas sebagai jurulatih kecergasan berkata: “Saya tidak terfikir bahawa kami akhirnya akan memiliki anak perempuan.

“Pada fikiran saya, sudah cukup untuk memeriksa jantlna setiap kali mengandung kerana ianya akan sama sebaik sahaja bayl dilahirkan.

“Jika mendapat anak lelaki, saya tetap teuja dan gembira memiliki mereka, tetapi kali ini bukan saya seorang sahaja (perempuan) dalam rumah,” jelasnya. – metro.co.uk

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *