Baru Sebulan Abang Kandung MeninggaI, Paknil Diuji Kehilangan Seorang Lagi Insan Tersayang

” Sehingga kita ketemu lagi di Syurga nanti ya abg ku Allahyarham Azharnim Bin Nawawi (23 Dis 1957 – 17 Sept 2019) AlFatihah”

Demikian status yang dimuatnaik pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi di Instagram beliau di atas pemergian abang kandung beliau.

Diuji dengan pemergian dua saudara kandung ke rahmahtuIIah dalam tempoh sebulan adalah hakikat yang amat berat untuk diterima oleh mana-mana individu.

Namun, itulah realiti yang harus dihadapi personaliti tersohor tanah air, Datuk Aznil Nawawi.

Sekitar pukul 9.20 malam, beliau kehilangan seorang lagi abangnya, Azharnim Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan penyakit kanser.

Allahyarham Azharnim meninggaI dvnia hampir sebulan selepas pemergian Azmir Nawawi pada 19 Ogos lalu.

” Innalillahiwainnairojiun, salam takziah bang buat aruah kekanda tercinta,semoga dslam rahmat Allah” tulis Zarina Zainuddin di ruangan komen.

Sebulan lalu Paknil turut kehilangan seorang lagi abang kandung

Sementara itu kira-kira sebulan lalu, peminat turut dikejutkan dengan pemergiana seorang lagi abang kepada pengacara popular Datuk Aznil Nawawi iaitu Azmir Nawawi yang meninggaI dvnia pada 19 Ogos lalu.

Menurut pengacara yang mesra disapa dengan nama Paknil ini, dia mengetahui berita pemergian arwah abangnya sewaktu berada di Terengganu dan kini dalam perjalanan pulang untuk memberi penghormatan yang terakhir.

Berita sedih itu dikongsi sendiri olehnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

” Al-Fatihah. Abang Paknil, Azmir Nawawi telah dijemput Illahi pada 10:30 pagi ( 19 Ogos) dan dikebvmikan selepas solat Asar.

” Paknil dapat berita pemergian beliau ketika Paknil di Jelajah PAK21 di Terengganu. Paknil dalam perjalanan ke airport Kuala Terengganu sekarang dan akan terus ke tanah perkvburan sebaik tiba.

” Doakan agar roh abang Paknil dicucuri rahmat dan dihadiahkan dengan bacaan ayat suci Al-Fatihah,” kata beliau yang dipetik melalui Instagram.

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat meninggalkan ucapan takziah serta turut sama berduka.

Pihak admin turut mengucapkan salam takziah kepada Paknil dan keluarga di atas pemergian abang Paknil, sebulan selepas pemergian seorang lagi abang kandung beliau.

Semoga kedua-dua roh Allahyarham abang Paknil, Azharnim dan Azmir Nawawi dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang beriman oleh Allah swt.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : astroawani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *