VIRAL

Alhamdulillah, Siti Berkongsi Khabar Gembira Lagi

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa perkhabaran gembira kepada peminatnya apabila muncul dengan lagu baharu berjudul Basyirah di semua pelantar digital, baru-baru ini.

Basyirah yang diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud khabar gembira adalah hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun manakala liriknya nukilan, Ahmad Fedtri Yahya.

Tertarik dengan melodi yang mempunyai unsur Timur Tengah, Siti Nurhaliza memutuskan untuk merakamkan lagu itu dan berhasrat menjadikannya sebagai lagu istimewanya sempena Ramadan kali ini.

“Demo lagu ini diterima agak lewat oleh pihak Universal Music Malaysia dan Siti Nurhaliza Productions (SNP) untuk dimuatkan dalam album terbaharu saya.

Jadi, kami sepakat menyimpannya untuk projek khas pada masa akan datang.

Disebabkan edaran album terbaharu saya ditangguhkan, Basyirah berjaya saya rakam khusus untuk lagu Ramadan kerana bersesuaian dengan suasana dalam negara ketika ini.

“Pertama kali mendengar melodinya, saya akui jatuh hati kerana ia ada tarikan tersendiri.

Tidak dinafikan, ketika rakaman, saya berasa sebak dan cuba menyampaikan seluruh maksud dalam lagu ini dengan penuh penghayatan, katanya.

Walaupun lagu Basyirah dilancarkan pada bulan yang penuh keberkatan ini, namun liriknya tidak menyentuh secara langsung mengenai Ramadan.

Sebaliknya, Siti berkata, ia adalah satu metafora terhadap situasi yang dialami dunia masa kini yang berdepan dengan penularan wabak Covi1d-19.

“Ketika perbincangan, memang ada idea untuk memasukkan lirik yang bersesuaian dengan situasi berlaku kini.

“Lagu ini juga menterjemahkan sebuah harapan bahawa satu hari nanti akan ada khabar gembira buat Malaysia untuk segera terhindar daripada pandemik terbabit.

“Saya juga mengharapkan Basyirah mampu memberikan semangat kepada seluruh warga dunia yang menghadapi wab4k ini termasuk petugas barisan hadapan yang berkorban sepenuh jiwa menjaga keselamatan negara, katanya.

View this post on Instagram

Saya sedang mengayakan koleksi baju raya terbaru dari Creacion. Nama baju ini adalah ROSMA JUBAH . Jubah berpotongan selesa dan bersama juraian kain dihadapan baju . Juraian dikemaskan dengan buckle pelengkap gaya. Motif yang ditonjol lebih kepada olahan abstrak bebas . Sungguh selesa dipakai . • Rekaan ini hadir dalam 3 rona warna lembut dengan harga yang sungguh berpatutan . Hanya RM 299 sahaja . Jadi apa tunggu lagi? Anda boleh dapatkan koleksi ini di laman web rasmi kami creacion.com.my dan juga dari personal shopper kami ye.. • Cepat sebelum semuanya habis !!! @creacionbysitinurhaliza shawl by @galeriariani pic by kak dayah *ada hadiah istimewa pada 100 pembeli terawal . #creacionbysitinurhaliza #rtw #bajuraya #kebaya #hariraya #jualanistimewa #womenswear #bergaya

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Penyanyi bervokal mantap ini turut mengharapkan lagu Basyirah dapat mengubat kerinduan peminat yang menantikan kemunculan album terbaharunya.

Sebagai komposer yang bertanggungjawab untuk menghasilkan lagu itu, Hafiz Hamidun akui Basyirah memberikan cabaran yang tersendiri buatnya.

“Kami rakamkan lagu ini ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini bermakna rakaman tidak boleh dilakukan di studio seperti kelazimannya dan perlu dilakukan secara berasingan iaitu Siti merakamnya dari rumah.

“Memang agak mencabar kerana rumit lebih-lebih lagi membabitkan soal teknikal.

Namun, kami berjaya melakukannya dan Siti dapat menterjemahkan maksud keseluruhan lagu itu seperti yang dikehendaki, katanya.

Pernah bekerjasama sebelum ini menerusi lagu Mikraj Cinta, Hafiz berkata, dia cuba memberikan yang terbaik untuk lagu Basyirah itu.

“Sedikit sebanyak saya sudah boleh tahu mengenai kriteria sesebuah lagu yang ingin dinyanyikan Siti.

Justeru saya cuba hasilkan sebuah lagu yang unik serta lain daripada apa yang pernah didendangkannya sebelum ini seperti menekankan aspek taranum dalam sebutan dan menyelitkan elemen qasidah di dalamnya, katanya.

Tebaru Siti Nurhaliza Mengucapkan Selamat Hari Ibu Kpd Ibunya Di Instagram Tarik perhatian peminat

Terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Dana Peduli, Kemanusiaan, Prihatin (PKP) Siti Nurhaliza mengambil inisiatif untuk membantu pejuang barisan hadapan dan orang ramai yang terkesan dengan situasi penularan wabak Covid-19 dalam negara.

Siti berkata, sebagai permulaan, pihaknya iaitu Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. mensasarkan pengumpulan dana untuk keperluan segera dalam kategori Peduli sebanyak RM50,000.

“Jumlah sasaran ini akan dinaikkan dan berterusan memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan serta banyak jenis bantuan akan disalurkan.

“Kami yakin, bantuan kita semua akan dapat membantu perjuangan kita menentang Covid-19 sekarang,” katanya.

Menurut penyanyi 7 Nasihat itu, objektif penubuhan dana itu secara ringkasnya terdiri daripada Peduli, Kemanusiaan dan Prihatin.

“Secara ringkasnya, dana ini dinamakan Dana P.K.P Siti Nurhaliza. Dana ini objektifnya dibahagikan mengikut kategori iaitu Peduli yang mana membantu menyediakan keperluan dan peralatan di pusat perubatan terbabit yang menangani wabak ini.

Bantuan ini akan disalurkan seberapa segera apabila dana mencukupi bagi penyediaan PPE, penutup hidung dan mulut, sarung tangan serta peralatan lain.

“Kedua ialah Kemanusiaan. Ia bagi membantu individu dan keluarga yang terjejas pendapatan selain turut mempunyai anggota keluarga golongan kelainan upaya (OKU) atau penyakit kronik.

“Ketiga pula, Prihatin yang mana bantuan khusus sempena bulan Ramadan dan Syawal kepada golongan yang tidak berkemampuan serta badan kebajikan,” katanya.

Bagi memberi gambaran lebih jelas dan perkongsian lanjut mengenai dana itu, Siti bakal menjayakan sesi siaran langsung di saluran YouTube Siti Official Video pada 19 April ini, jam 2.30 petang.

Penonton di YouTube boleh menderma dengan cara membuat imbasan Kod QR (QR Code) dan Siti akan menghiburkan mereka dengan nyanyian lagu-lagu pilihannya.

Selain itu, platform Kitafund dibina bagi memupuk nilai murni untuk menderma di samping memudahkan orang ramai untuk menyumbang dalam talian tanpa ragu-ragu.

Bagi warganegara Malaysia yang berhasrat untuk menyumbang, anda boleh layari laman web rasmi Kitafund di www.kitafund.com dan pilih kempen ‘Dana P. K. P Siti Nurhaliza’.

Bagi memudahkan pencarian kempen, anda juga boleh memasukkan kata kunci ‘siti nurhaliza’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading
Advertisement