Umum

“Tak jadi hlna kalau kita memaafkan orang…” – Netizen tenang tengok live Ebit Lew dan Neelofa

Meskipun pergerakan kita terbatas, namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak menggunakan segala medium teknologi yang ada sekarang untuk berkongsi ilmu.

Seperti yang dilakukan oleh pengacara dan usahawan, Neelofa, yang baru-baru ini telah mengadakan live bersama pendakwah, Ustaz Ebit Lew, bagi membincangkan mengenai kesedaran dalam membantu insan yang memerlukan.

Live paling best setakat ini

Live dua orang figura itu mendapat perhatian netizen, apabila ramai yang mengikuti perkongsian ilmu dan dakwah, kagum melihat prinsip Ustaz Ebit dalam usahanya berbuat kebaikkan.

pic.twitter.com/eRwn0Olowl

— ZahrahFatimah🦋 (@zahrah1196) April 28, 2020

Hidup kita bukan untuk redha manusia

Antara intipati di dalam live tersebut, Ustaz Ebit, meskipun ramai yang mengecam kita, namun tetapkan hati hanya pada Tuhan kerana di dunia ini menjadi redha Ilahi, bukan untuk memuaskan hati manusia semata-mata.

Kita tak hidup untuk penghormatan org, kita hidup utk Allah sayang. Apa jua org ckp tak mnjadikan kita hina atau mulia. Kerana yg mnjaga kita selama ini adalah Allah.

-ustaz ebit lew- pic.twitter.com/NagbCvS1aW

— نور عائشة (@ichacaaaaaa) April 28, 2020

Jangan ada satu orang pun yang lapar

Malah, ustaz Ebit meluahkan impiannya untuk melihat kesemua manusia mendapat keselesaan dalam hidup dan ada tempat bergantung.

Mengadu pada Allah

Namun, Ustaz Ebit menggunakan kesedihan yang di dalam jiwanya untuk mengadu dan berdoa kepada Allah, kerana hanya Allah teman kita berserah.

“Ya Allah, beri kami menjadi sumber matahari hidayah buat semua manusia dalam dunia sampai akhirat.”Aamin Ya Rabbal AlaminCredit to Neelofa live instagramSpeaker Ebit Lew

Posted by Anna Yong on Tuesday, April 28, 2020

Di akhir bicara, Ustaz Ebit dan Neelofa menutup live mereka dengan doa, memohon agar kita dipulihkan daripada musibah Covid-19 yang sedang melanda ini dengan menyatukan hati umat dalam kebaikkan.

kredit ohmymedia

Sumber : Neelofa , Ebit LewAnna Yong & Zahrah Fatimah

Continue Reading
Advertisement