Umum

Terkesan Dgn PKP, Jual Tembikai Depan Rumah Pun Nak Kena Sita! Pakcik “Sekolahkan” Pihak Berkuasa

Saban hari ada sahaja kisah rakyat kita yang hidup dalam kesempitan. Bayangkan dengan keadaan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hidup mereka sudah pun kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Inikan pula dalam tempoh PKP yang langsung tak dapat keluar untuk cari duit belanja. Mungkin yang mana ada gaji tetap setiap bulan tidak merasakan tekanan ini. Tetapi bagi mereka berharap pada pada gaji hari, terutama peniaga keci sudah pasti impak sangat besar.

Sebulan lebih pelaksanaan PKP membuatkan ada antara kita yang buntu dan risau dengan ekonomi keluarga. Mana tidaknya, ada perut anak dan isteri yang perlu diisi dan dijaga.

TERPAKSA BUKA GERAI UNTUK TANGGUNG KELUARGA

Begitu lah yang dihadapi oleh seorang peniaga buah tembikai yang akhirnya akur terpaksa membuka gerai demi kelangsungan hidup. Walau bagaimanpun lain pula jadinya apabila pihak berkuasa bertindak untuk menyita gerainya.

Sekali gus mengundang rasa ketidak puasan hati. Yang menarik perhatian adalah kata-kata yang dikeluarkan oleh peniaga berkenaan yang menyekolahkan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak bertimbang rasa dengan keadaan semasa.

Orang Peghelih naik anginSungguh jugak kalau tak meniaga nak makan apa.. Anak saya sapa nak bela.Kalau nak sita..sita semua sekaliHari tu awat kata boleh ni tak boleh pasai apa?Hang pa kerja kerajaan tak pa la ada gaji.Meniaga tanah sendiri takkan tak boleh. Orang mai beli balik.. mai beli balik.Orang lain meniaga boleh…

Posted by Hussin Jan on Monday, April 27, 2020

Difahamkan kejadian berlaku di Perlis di mana dia hanya membuka gerai perniagaan di dalam kawasan rumahnya sahaja dan bukan lah di kaki lima atau kawasan yang mengganggu lalu lintas awam.

DIA BUKAN MEMINTA-MINTA ATAU AMBIL HAK ORANG

Jelas peniaga berkenaan, perniagaan menjual buah yang sedang diusahakan adalah periuk nasi selama PKP. Jika dia tidak berniaga, sudah pasti dia tidak mempunyai duit belanja untuk anak isteri.

Paling terkesan dengan ayatnya adalah dia bukan meminta-minta atau mencuri untuk kelangsungan hidup. Bahkan dia bukan seperti pekerja kerajaan yang boleh duduk rumah dan hanya menunggu gaji tiap bulan.

Melihat kepada ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kata-kata serta tindakan daripada peniaga berkenaan. Dapat dilihat sepanjang PKP lebih ramai isu merempat di bumi sendiri.

Sekurang-kurangnya peniaga berkenaan berusaha dengan kudrat untuk meraih pendapatan bahkan buka gerai di atas tanah sendiri. Mungkin perhatian pihak berkuasa adalah keadaan semasa wabak yang lebih membimbangkan.

Kesimpulannya, mungkin perlu ada prosidur khas lain bagi peniaga kecil agar mereka dapat meneruskan mata pencarian sepanjang tempoh sukar ini.

SUMBER – meeck

Continue Reading
Advertisement