Umum

“Walau Kita Cuma Nak Bawa Kasih-Sayang, Pun Ada Orang Nak Benci kita…” – Ebit Lew

Hanya tangisan dan pengharapan kepada Allah. Itulah antara luahan hati ustaz Ebit Lew mengenai segala dugaan yang terpaksa ditempuhinya sejak akhir-akhir ini, apabila usaha murninya membantu golongan daif dipertikaikan.

Menerusi live di Facebook ustaz Ebit baru-baru ini, penuh dengan linangan air mata pendakwah itu meluahkan rasa terharu dan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan.

Bagi ustaz Ebit, segala kejian dan tuduhan yang diterimanya adalah sebahagian daripada ujian hidup menandakan Allah sayang kepada hambaNya.

Saya bukan nak bergaduh

Menurutnya, dia mengakui tidak lari daripada perasaan sedih denga segala tuduhan terhadapnya, niatnya bukanlah untuk bergaduh dengan sesiapa pun, tetapi hanya untuk membantu insan yang susah, seperti mana dahulu dia pernah dibantu.

“Bukan nak bergaduh, kita tak sentuh siapa-siapa, tak sebut nama siapa-siapa, kita tak kacau siapa pun, tiba-tiba ujian datang. Saya rasa takut dan sedih…”

Posted by Ebit Lew on Monday, April 27, 2020

Saya diugut macam2

Tambahnya, dia tidak akan membalas segala kejian dan ugutan yang diterimanya, ini kerana untuk bergaduh dengan saling bertikam lidah bukanlah caranya.

“Saya susah nak benci orang, nak lawan orang, kata orang..tapi kebelakangan orang tidak berhenti datang nak cari gaduh dengan saya, ugut saya bukan-bukan…”

Berlinang air mata ust Ebit

Dalam linangan air mata, pendakwah meluahkan segala kesedihan yang terbuku dalam jiwanya selepas segala kecaman dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Baginya, dia berserah segala kepada Allah, tiada dendam disimpan dalam hati. Bibirnya tidak putus-putus meminta maaf jika kerja yang dilakukannya telah mengguris hati segelintir pihak.

Sumber : Ebit Lew

Continue Reading
Advertisement